top of page

Wed, 05 Jul

|

Microsoft Teams

JEMPUTAN KE SESI PERBINCANGAN STRATEGIK BERKENAAN MULTI-TIER LEVY MECHANISM (MTLM) – SIRI 3

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), menerusi Kumpulan Kerja Teknikal Modal Insan (TWGHC) di bawah PEMUDAH akan mengadakan satu sesi perbincangan strategik berkenaan Multi-Tier Levy Mechanism (MTLM).

Registration is closed
See other events

Time & Location

05 Jul 2023, 2:30 pm – 4:30 pm

Microsoft Teams

About the Event

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas,

2.       Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), menerusi Kumpulan Kerja Teknikal Modal Insan (TWGHC) di bawah PEMUDAH akan mengadakan satu sesi perbincangan strategik berkenaan Multi-Tier Levy Mechanism (MTLM). Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk mendapatkan lebih banyak maklum balas berkenaan cadangan pelaksanaan MTLM tersebut. 

3.       Untuk makluman, input industri daripada siri perbincangan kedua pada 20 Jun 2023 yang lalu, telahpun dibincangkan dan dibentangkan ke mesyuarat PEMUDAH Private Sector Bil.5/2023 pada 22 Jun 2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Chua Tia Guan, Pengerusi PEMUDAH. Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, satu sesi libat urus lanjutan bersama industri untuk membincangkan isu dan cabaran pelaksanaan MTML secara lebih mendalam bagi memperkemaskan lagi cadangan yang akan dikemukakan oleh pihak industri. 

4.      Rentetan dari maklum balas yang diterima, sesi perbincangan ketiga akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh        :  5 Julai 2023 (Rabu)

Masa          :  2.30 pm – 4.30 pm

Platform     :  Microsoft Teams

Link            :  https://teams.microsoft.com/l/meetup-join/19%3ameeting_Nzc5ZjVjNWQtZjM4Ni00NjJhLWExYWMtMzZkYWVjYmQ0NTM3%40thread.v2/0?context=%7b%22Tid%22%3a%22704bb254-aa81-4863-9455-39c9fbc01cac%22%2c%22Oid%22%3a%22d898595d-deaa-4199-bb32-5a4eb9e92e28%22%7d 

Pengerusi  : YBhg. Dato’ Seri Wong Siew Hai, Co-chair TWGHC

5.       Dilampirkan pautan untuk pengesahan kehadiran: https://forms.gle/pDaov6bUQ2RT9ZAs9 . Kerjasama YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kehadiran selewat-lewatnya pada 4 Julai 2023 (Selasa). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, mohon berhubung dengan pegawai berikut: Dr. Suriati Zainal Abidin, 012-584 0686, ati@mpc.gov.my.

Kerjasama semua pemain industri amatlah dihargai ke arah memperkasakan produktiviti dan daya saing negara.

Sekian, terima kasih. 

Sekretariat TWGHC 

MPC

Share This Event

bottom of page